NAMA PENSYARAH:
En MOHD ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
NAMA AHLI KUMPULAN:
CHE WAN MUHAMAD LUTFI BIN WAN ABD LATIF 02DLS15F2028
Mohd aliff helmie bin mohd halil 02dls15f2031
MUHAMAD NOR IKMAL BIN MAT RODZI 02DLS15F2051
AZRUL ARIFFIN BIN AZHAR 02DLS15F2052
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, En.Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan kumpulan saya yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
PENGENALAN
.Perkembangan sejarah Malaysia memperlihatkan proses pembentukan masyarakatplural yang ada pada hari ini. Ianya bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Pertemuandengan pertembungan budaya-budaya besar dunia seperti Arab Pra-Islam, Hinduisme,Buddisme, Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis, Sepanyol, Belanda danBritish) telah melahirkan satu ciri fenomena social dalam masyarakat Melayu iaitukewujudan kepluralitian budaya dan masyarakat Melayu.Ciri pluralisme alam Melayusebelum kedatangan orang Eropah adalah fleksibel. Walaubagaimanapun, ianyadirombak, diubah suai, dan sebahagiannya terhapus dengan kedatangan kuasa kolonialdan imperial Eropah.Kuasa-kuasa besar ini seterusnya memperkenalkan sistem kerajaan mereka yangmenggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik. Akibat daripada terlaksananyaundang-undang kolonial dan wujudnya masyarakat pluralistik serta diikuti denganterbentuknya negara bangsa, rangka, dan cara mengupas perkembangan baru turutmengalami perubahan. Apabila penjajah British datang menjajah masyarakat Melayukhususnya di Tanah Melayu, Eropah telah mengalami perubahan Epistemologi iaitupemisahan antara Negara dan agama. Akibat daripada perselisihan antara para agamawandan saintis di Eropah, ilmu pengetahuan terpisah kepada agama dan sains moden. Agamatidak lagi menjadi factor penting dalam kehidupan duniawi manusia. Kesannya, agamaberada satu pihak yang lain dan kehidupan duniawi berada pada satu pihak yang lain.Dasar ini diteruskan oleh British terhadap masyarakat Melayu
KESAN TERHADAP POLITIK
Dari segi politik kita dapat melihat bahawa kedatangan eropah banyak membawakepada perubahan dari segi politik atau pentadbiran dan juga perundangan pada masaitu,yang secar tidak lansung turut memberi kesan terhadap pembentukan masyarakatpluraliti di Malaysia. Penjajahan British di tanah melayu telah membawa bersama dasar-dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan.Prinsip, sistem, struktur dan dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka adalahjauh berbeza dengan sistem dan dasar pemerintahan yang telah sedia ada dan digunapakai di tanah melayu. Ini dapat dilihat dengan jelasnya melalui perubahanepistemologikal yang besar iaitu dari segi perpisahan diantara agama dan negara.Kesannya di alam melayu ialah pemerintahan negara telah dikawal secara langsung olehpenjajah, manakala segala perkara berhubung dengan agama dan adat istiadat telah diberikuasa dan di bawah pengawasan sultan melayu sendiri.
Kesan penjajahan eropah juga telah membawa perubahan terhadap politik negaradimana telah wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa diantara tigaunsur penting iaitu; legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman diperkenalkan. Inidapat dilihat dengan jelas sekali perubahan yang telah dibawa berdasarkan perbezaannyadengan pentadbiran alam melayu yang telah sedia ada iaitu, sebelum penjajahan eropah,sistem pentadbiran adalah dibawah kuasa mutlak raja-raja dimana tiada pengagihanbidang kuasa. Seperti yang dapat kita lihat, perubahan didalam pentadbiran ini, iaitupengagihan kepada tiga bidang kuasa iaitu eksekutif, legislatif dan juga kehakiman telahditeruskan didalam operandi dan pentadbiran negara sehingga ke hari ini, dimana setiapunsur penting tersebut mempunyai bidang kuasa mereka yang tesendiri. Perbincangan iniberkisar pada aspek dasar imigrasi, Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undang-undang buruh
Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyaisekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini, Inggeris seolah-olahmenggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan sepertiindenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi denganbertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selainitu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orangasing ke Tanah Melayu
Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing kenegara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggerisuntuk mendapatkan tenaga buruh bagi merancakkan ekonomi perlombongan danpeladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaanjalan keretapi dan jalan raya. Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatanPerlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan danpenganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, inibermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkanbahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga
menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan merekatidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagidengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untukmemberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan iniia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan merekauntuk tidak pulang ke negara asal mereka.Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing inikeberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepadapemerintah Inggeris
KESAN TERHADAP EKONOMI
Kesan penjajahan Eropah dari aspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudansistem ekonomi dualisme. Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuanekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentukeksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh penjajah ialah perlombongan danperladangan getah. Penjajah Eropah telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkanpembahagian pekerjaan dimana Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian,manakala Cina sebagai pelombong dan peniaga, dan orang India sebagai pekerja estetdan ladang. Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yangberasaskan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi iniberasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyakmelibatkan kumpulan etnik Cina dan India
Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditiutamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran, dantenaga kerja didominasi oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya Melayu luar bandar atau budaya Melayu tradisional. Secara tidak langsung, ekonomi dualisme initelah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. EtnikMelayu tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu pekebun kecil getah, kelapa,pesawah padi, dan nelayan kecil-kecilan. Dalam sektor ekonomi moden pula, ianyadidominasi oleh kumpulan etnik Cina di mana mereka menceburi aktiviti perlombongan,perkilangan, dan perkhidmatan. Ketidakseimbangan antara etnik jelas dilihat dalamsektor ketiga di mana separuh daripada sektor ini didominasi oleh etnik cina manakalaetnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja. Sektor ini menjadikan jurang etnik menjadilebih luas lagi
KESAN TERHADAP SOSIAL
Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum penjajahan Eropah terbentukmelalui proses semulajadi. Mereka datang bersama-sama keluarga secara sukarela untukmenjalani kehidupan serta mencari kekayaan. Kehidupan di Tanah Melayu yangberlandaskan kebebasan dan tanpa paksaan telah mewujudkan interaksi yang mesradengan penduduk tempatan. Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupanmasyarakat pluralistik pada zaman itu. Mereka telah berkahwin dengan penduduktempatan secara sukarela. Ini dapat dilihat melalui perkahwinan antara orang Cina danmasyarakat tempatan yang melahirkan masyarakat Cina Baba. Walaupun perkahwinancampur telah berlaku antara mereka tetapi mereka masih lagi mengamalkan budayakehidupan orang Melayu
Selain itu, budaya dan adat resam yang dibawa olah mereka juga turut diterimaoleh penduduk tempatan dengan hati yang terbuka. Pembentukan masyarakat pluralistik selepas kedatangan Eropah adalah berbeza dengan zaman sebelumnya. Ini dapat dilihatdaripada imigrasi penduduk Cina dan India ke Tanah Melayu yang digalakkan olehBritish untuk kepentingan ekonomi mereka. Oleh kerana tujuan kedatangan merekaadalah untuk memenuhi keperuan ekonoi British, maka interaksi antara kaum tidakberlaku. Mereka hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing.Namun begitu, kehidupan yang harmoni tetap wujud di mana mereka tetapmenjalani hidup berasaskan sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara satusama lain. Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini Penekananaspek ini juga menjuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melaluidasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagiperbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapatdilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan danpendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yangberbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikanserta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawaInggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasarpendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiranbagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untukmendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskankepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar inisebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawamereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini jugamenjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka danmenjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.
KESAN TERHADAP AGAMA
Penjajahan Barat telah membawa berbagai kesan terhadap umat Islam.Terutamanya berkenaan kehilangan kuasa politik dan pemerintahan daripada pimpinanorang-orang Islam sendiri kepada pimpinan kuasa Barat yang beragama Kristian.Penguasaan penjajah ini adakalanya secara langsung ( direct rule ) ataupun tidaklangsung ( indirect rule ) apabila mereka memerintah melalui penguasa-penguasatradisional yang hanya dijadikan sebagai boneka sahaja. Sebelum kedatangan British,agama Islam tidak dipisahkan dari sistem politik Melayu. Dalam Undang-undang MelayuLama atau Hukum Kanun masih terdapat hukum-hukum Islam yang masih digunakanseperti hukum potong tangan untuk kesalahan mencuri dan hukuman sebat atau rotanuntuk mereka yang berzina. Hakikat ini diakui sendiri oleh Hakim-hakim Lord Actiondan Thomas dalam kes Ramah lawan Laton ( 1927 ) yang mana dikatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang asal negeri ini bukan undang-undang asing
Bagaimanapun dengan kedatangan British, mulalah diperkenalkan dengan sistempentadbiran sekular, bahawa antara agama dengan politik terdapat jarak yang tidakmungkin diketemukan. Pemisahan ini lebih bererti dalam Perjanjian Pangkor 1874 yangmenegaskan semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen British kecuali soal-soal agama ( disempitkan maknanya ) dan adat istiadat Melayu. Seterusnya kepadapembentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British telah mula menentukan corakpemerintahan, pentadbiran dan keputusan dasar yang penting berhubung dengan sesebuahnegeri Melayu bahkan dapat menentukan kedudukan seseorang raja yang dilantikmemerintah negeri. Ini telah menunjukkan bagaimana British telah berjaya mengubahwajah Islam di Malaysia dalam pentadbiran dengan perkenalkan pentadbiran sertaundang-undang sekular. Dimana lebih pentingkan keduniaan tidak berkaitan denganagama dan ia juga telah mengenepikan sebahagian besar undang-undang Islam. Kitadapat lihat dalam kes, dimana Residen-residen yang memberi nasihat-nasihat di Majlis-majlis Negeri telah campurtangan kerja-kerja para kadi. Kerana bagi mereka urusan nikahdan cerai libatkan hal keselamatan dalam negeri. Sebab itu British telah tentukanperlantikan, pendapatan, pengantungan dan pemecataan kadi-kadi. Tindak tanduk kadijuga telah diawasi dan kadang-kadang penyelesaian masalah dipindahkan kepada Majistret-majistret. Ini menunjukkan pentadbiran undang-undang Islam yang tadinyabebas tidak bererti lagi. Walaupun begitu hakikatnya undang-undang British yangdiperkenalkan tidaklah diambil sepenuhnya kerana undang-undang Islam masih kukuhdijiwa rakyat Malaysia
PENGAJARAN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA
· •Adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan Kerajaan – kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dulu . Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu . Misalnya , Kerajaan Melaka setanding dengan tamadu – tamadun dunia yang lain . Selain itu , kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri – negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri
· Dengan pemahaman itu , maka dapatlah generasi kemudiannya menghayati dan menghargai sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air . Namun , kekayaan ekonomi serta kemajuan dan ketertinggian tamadun adalah faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara ini.
· Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sejarah negara , namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik , ekonomi dan sosial . Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan , asimilasi dan sinkritisme berbagai – bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul .