Wednesday 16 March 2016

PENJAJAHAN BANGSA ASING DI TANAH MELAYU KESAN DAN PENGAJARAN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA




NAMA PENSYARAH:
En MOHD ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI

NAMA AHLI KUMPULAN:

CHE WAN MUHAMAD LUTFI BIN WAN ABD LATIF 02DLS15F2028
Mohd aliff helmie bin mohd halil 02dls15f2031
MUHAMAD NOR IKMAL BIN MAT RODZI 02DLS15F2051
AZRUL ARIFFIN BIN AZHAR 02DLS15F2052


PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
            Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, En.Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan kumpulan saya yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.



                                                                  PENGENALAN



.Perkembangan sejarah Malaysia memperlihatkan proses pembentukan masyarakatplural yang ada pada hari ini. Ianya bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Pertemuandengan pertembungan budaya-budaya besar dunia seperti Arab Pra-Islam, Hinduisme,Buddisme, Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis, Sepanyol, Belanda danBritish) telah   melahirkan satu   ciri  fenomena   social  dalam   masyarakat  Melayu   iaitukewujudan kepluralitian budaya dan masyarakat Melayu.Ciri pluralisme alam Melayusebelum   kedatangan   orang   Eropah   adalah   fleksibel.   Walaubagaimanapun,   ianyadirombak, diubah suai, dan sebahagiannya terhapus dengan kedatangan kuasa kolonialdan imperial Eropah.Kuasa-kuasa besar ini seterusnya memperkenalkan sistem kerajaan mereka yangmenggalakkan   perkembangan   masyarakat   pluralistik.   Akibat   daripada   terlaksananyaundang-undang   kolonial   dan   wujudnya   masyarakat   pluralistik   serta   diikuti   denganterbentuknya   negara   bangsa,   rangka,   dan   cara   mengupas   perkembangan   baru   turutmengalami perubahan. Apabila penjajah British datang menjajah masyarakat Melayukhususnya di Tanah Melayu, Eropah telah mengalami perubahan Epistemologi iaitupemisahan antara Negara dan agama. Akibat daripada perselisihan antara para agamawandan saintis di Eropah, ilmu pengetahuan terpisah kepada agama dan sains moden. Agamatidak lagi menjadi factor penting dalam kehidupan duniawi manusia. Kesannya, agamaberada satu pihak yang lain dan kehidupan duniawi berada pada satu pihak yang lain.Dasar ini diteruskan oleh British terhadap masyarakat Melayu





KESAN TERHADAP POLITIK

Dari segi politik kita dapat melihat bahawa kedatangan eropah banyak membawakepada perubahan dari segi politik atau pentadbiran dan juga perundangan pada masaitu,yang secar tidak lansung turut memberi kesan terhadap pembentukan masyarakatpluraliti di Malaysia. Penjajahan British di tanah melayu telah membawa bersama dasar-dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan.Prinsip, sistem, struktur dan dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka adalahjauh berbeza dengan sistem dan dasar pemerintahan yang telah sedia ada dan digunapakai   di   tanah   melayu.   Ini   dapat   dilihat   dengan   jelasnya   melalui   perubahanepistemologikal   yang   besar   iaitu   dari   segi   perpisahan   diantara   agama   dan   negara.Kesannya di alam melayu ialah pemerintahan negara telah dikawal secara langsung olehpenjajah, manakala segala perkara berhubung dengan agama dan adat istiadat telah diberikuasa dan di bawah pengawasan sultan melayu sendiri.

Kesan penjajahan eropah juga telah membawa perubahan terhadap politik negaradimana telah wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa diantara tigaunsur penting iaitu; legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman diperkenalkan. Inidapat dilihat dengan jelas sekali perubahan yang telah dibawa berdasarkan perbezaannyadengan pentadbiran alam melayu yang telah sedia ada iaitu, sebelum penjajahan eropah,sistem pentadbiran adalah  dibawah  kuasa   mutlak   raja-raja   dimana  tiada pengagihanbidang kuasa. Seperti yang dapat kita lihat, perubahan didalam pentadbiran ini, iaitupengagihan kepada tiga bidang kuasa iaitu eksekutif, legislatif dan juga kehakiman telahditeruskan didalam operandi dan pentadbiran negara sehingga ke hari ini, dimana setiapunsur penting tersebut mempunyai bidang kuasa mereka yang tesendiri. Perbincangan iniberkisar pada aspek dasar imigrasi, Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undang-undang buruh

Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyaisekatan   terhadap   kemasukan   orang   asing.   Dalam   hal   ini,   Inggeris   seolah-olahmenggalakkan   kemasukan   orang   asing   melalui   sistem-sistem   kemasukan   sepertiindenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada1930an,   dengan   Inggeris   memperketatkan   dan   menguatkuasa   dasar   imigrasi   denganbertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selainitu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orangasing ke Tanah Melayu

Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing kenegara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggerisuntuk   mendapatkan   tenaga   buruh   bagi   merancakkan   ekonomi   perlombongan   danpeladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaanjalan keretapi dan jalan raya. Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatanPerlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan danpenganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, inibermakna buruh-buruh  ini dilindungi  oleh pemerintah Inggeris dan ia  menunjukkanbahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga
menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan merekatidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagidengan   kewujudan   undang-undang   buruh   yang   memerlukan   para   majikan   untukmemberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan iniia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan merekauntuk tidak pulang ke negara asal mereka.Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing inikeberatan   untuk   pulang   ke   negara   asal   mereka   dan   ini   menjadi   masalah   kepadapemerintah Inggeris


KESAN TERHADAP EKONOMI 

Kesan penjajahan Eropah dari aspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudansistem   ekonomi   dualisme.   Sistem   ekonomi   dualisme   merujuk   kepada   dua   tumpuanekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentukeksploitasi   ekonomi   utama   yang   dilakukan   oleh   penjajah   ialah   perlombongan   danperladangan getah. Penjajah Eropah telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkanpembahagian pekerjaan dimana Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian,manakala Cina sebagai pelombong dan peniaga, dan orang India sebagai pekerja estetdan   ladang.   Sistem   ekonomi   penjajah   tertumpu   kepada   perdagangan   moden   yangberasaskan   perusahaan   getah   dan   perlombongan   bijih   timah.   Sistem   ekonomi   iniberasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyakmelibatkan kumpulan etnik Cina dan India

Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditiutamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran, dantenaga kerja  didominasi   oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya  Melayu  luar bandar atau budaya Melayu tradisional. Secara tidak langsung, ekonomi dualisme initelah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. EtnikMelayu   tertumpu   di   sektor   pertanian   tradisional   iaitu   pekebun   kecil   getah,   kelapa,pesawah  padi, dan nelayan kecil-kecilan. Dalam sektor ekonomi moden  pula, ianyadidominasi oleh kumpulan etnik Cina di mana mereka menceburi aktiviti perlombongan,perkilangan,   dan   perkhidmatan.   Ketidakseimbangan   antara   etnik   jelas   dilihat   dalamsektor ketiga di mana separuh daripada sektor ini didominasi oleh etnik cina manakalaetnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja. Sektor ini menjadikan jurang etnik menjadilebih luas lagi


KESAN TERHADAP SOSIAL

Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum penjajahan Eropah terbentukmelalui proses semulajadi. Mereka datang bersama-sama keluarga secara sukarela untukmenjalani   kehidupan   serta   mencari   kekayaan.   Kehidupan   di   Tanah   Melayu   yangberlandaskan kebebasan dan  tanpa   paksaan   telah   mewujudkan interaksi yang mesradengan   penduduk   tempatan.   Terdapat   unsur-unsur   akomodasi   dalam   kehidupanmasyarakat   pluralistik   pada   zaman   itu.   Mereka   telah   berkahwin   dengan   penduduktempatan secara sukarela. Ini dapat dilihat melalui perkahwinan antara orang Cina danmasyarakat tempatan yang melahirkan masyarakat Cina Baba. Walaupun perkahwinancampur telah berlaku antara mereka  tetapi mereka masih lagi mengamalkan budayakehidupan orang Melayu

Selain itu, budaya dan adat resam yang dibawa olah mereka juga turut diterimaoleh penduduk tempatan dengan hati yang terbuka. Pembentukan masyarakat pluralistik selepas kedatangan Eropah adalah berbeza dengan zaman sebelumnya. Ini dapat dilihatdaripada imigrasi penduduk Cina dan India ke Tanah Melayu yang digalakkan olehBritish untuk kepentingan ekonomi mereka. Oleh kerana tujuan kedatangan merekaadalah untuk   memenuhi  keperuan ekonoi  British,  maka interaksi antara kaum tidakberlaku. Mereka hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing.Namun   begitu,   kehidupan   yang   harmoni   tetap   wujud   di  mana  mereka   tetapmenjalani hidup berasaskan sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara satusama lain. Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini Penekananaspek ini juga menjuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melaluidasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagiperbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapatdilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan danpendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yangberbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikanserta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawaInggeris   tidak   mempunyai   agenda   bagi   menghalang   ketidakseragaman   dalam   dasarpendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiranbagi   mengerjakan   kerja-kerja   sara   diri   sahaja   dan   tidak   memberi   peluang   untukmendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskankepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar inisebenarnya  menggalakkan   lagi   kemasukan orang   asing kerana  mereka   tahu bahawamereka   masih   lagi   memperoleh   pendidikan   walaupun   di   negara   asing.   Ini   jugamenjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka danmenjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.

KESAN TERHADAP AGAMA

Penjajahan   Barat   telah   membawa   berbagai   kesan   terhadap   umat   Islam.Terutamanya berkenaan kehilangan kuasa politik dan pemerintahan daripada pimpinanorang-orang   Islam   sendiri   kepada   pimpinan   kuasa   Barat   yang   beragama   Kristian.Penguasaan   penjajah   ini   adakalanya   secara   langsung   (   direct   rule   )   ataupun   tidaklangsung   (   indirect   rule   )   apabila   mereka   memerintah   melalui   penguasa-penguasatradisional yang hanya dijadikan sebagai boneka sahaja. Sebelum kedatangan British,agama Islam tidak dipisahkan dari sistem politik Melayu. Dalam Undang-undang MelayuLama atau Hukum Kanun masih terdapat hukum-hukum Islam yang masih digunakanseperti hukum potong tangan untuk kesalahan mencuri dan hukuman sebat atau rotanuntuk mereka yang berzina. Hakikat ini diakui sendiri oleh Hakim-hakim Lord Actiondan Thomas dalam kes Ramah lawan Laton ( 1927 ) yang mana dikatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang asal negeri ini bukan undang-undang asing

Bagaimanapun dengan kedatangan British, mulalah diperkenalkan dengan sistempentadbiran sekular, bahawa   antara  agama   dengan   politik  terdapat jarak yang   tidakmungkin diketemukan. Pemisahan ini lebih bererti dalam Perjanjian Pangkor 1874 yangmenegaskan semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen British kecuali soal-soal agama ( disempitkan maknanya ) dan adat istiadat Melayu. Seterusnya kepadapembentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British telah mula menentukan corakpemerintahan, pentadbiran dan keputusan dasar yang penting berhubung dengan sesebuahnegeri   Melayu   bahkan   dapat   menentukan   kedudukan   seseorang   raja   yang   dilantikmemerintah negeri. Ini telah menunjukkan bagaimana British telah berjaya mengubahwajah   Islam   di   Malaysia   dalam   pentadbiran   dengan   perkenalkan   pentadbiran   sertaundang-undang sekular. Dimana  lebih   pentingkan   keduniaan   tidak   berkaitan denganagama dan ia juga telah mengenepikan sebahagian besar undang-undang Islam. Kitadapat lihat dalam kes, dimana Residen-residen yang memberi nasihat-nasihat di Majlis-majlis Negeri telah campurtangan kerja-kerja para kadi. Kerana bagi mereka urusan nikahdan   cerai   libatkan   hal   keselamatan   dalam   negeri.   Sebab   itu   British   telah   tentukanperlantikan, pendapatan, pengantungan dan pemecataan kadi-kadi. Tindak tanduk kadijuga   telah   diawasi   dan   kadang-kadang   penyelesaian   masalah   dipindahkan   kepada Majistret-majistret. Ini  menunjukkan   pentadbiran undang-undang Islam yang tadinyabebas   tidak   bererti   lagi.   Walaupun   begitu   hakikatnya   undang-undang   British   yangdiperkenalkan tidaklah diambil sepenuhnya kerana undang-undang Islam masih kukuhdijiwa rakyat Malaysia


PENGAJARAN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA

·         •Adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan Kerajaan – kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dulu . Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu . Misalnya , Kerajaan Melaka setanding dengan tamadu – tamadun dunia yang lain . Selain itu , kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri – negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri  
·         Dengan pemahaman itu , maka dapatlah generasi kemudiannya menghayati dan menghargai sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air . Namun , kekayaan ekonomi serta kemajuan dan ketertinggian tamadun adalah faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara ini.
·         Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sejarah  negara , namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik , ekonomi dan sosial . Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan , asimilasi dan sinkritisme berbagai – bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul .